Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 6) 2020 (PINDAAN) 2022
Seksyen 2
Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 6) 2020 yang disebut
“Perintah ibu” dalam Perintah ini, dipinda dengan menggantikan perenggan 3
dengan perenggan yang berikut:
“3.
Perintah ini hendaklah terpakai bagi suatu projek baharu pengeluaran bahan makanan atau projek pembesaran—
(a)
yang suatu permohonan baginya diterima oleh Menteri melalui
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi projek itu, pada atau selepas 1 Januari 2016 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2022;
(b)
yang belum bermula pada tarikh permohonan itu diterima oleh
Menteri; dan
(c)
yang bermula dalam tempoh satu tahun dari tarikh kelulusan diberikan oleh Menteri.”.
P.U. (A) 352 3
Pindaan perenggan 4