Malaysia legislation
Section 5A
of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 6) 2020 (PINDAAN) 2022
Seksyen 5A
“Projek pengeluaran bahan makanan yang diluluskan
(1)
Projek pengeluaran bahan makanan yang diluluskan yang disebut dalam Perintah ini ialah suatu projek yang berhubungan dengan—
(a)
penanaman tanaman industri, sayur-sayuran, buah-buahan, herba, rempah atau tanaman kontan;
(b)
akuakultur;
(c)
penternakan lebah madu atau kelulut;
(d)
penternakan lembu, kerbau, kambing, biri-biri atau rusa;
(e)
perikanan laut dalam;
(f)
perikanan laut lepas;
(g)
penanaman biji benih untuk agro makanan; atau
P.U. (A) 352 4
(h)
penanaman makanan ternakan, tertakluk kepada subperenggan (2).
(2)
Penanaman makanan ternakan yang disebut dalam subsubperenggan
(1)
(h)
hendaklah diusahakan dalam suatu projek yang dikenal pasti oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi projek itu dan diluluskan oleh Menteri.
(3)
Suatu projek pengeluaran bahan makanan yang diluluskan dalam perenggan ini hendaklah dikira sebagai suatu perniagaan berasingan dan tersendiri dalam menentukan pendapatan berkanun orang yang layak bagi maksud pengecualian di bawah Perintah ini.”.
Pindaan perenggan 6