Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 6) 2020

Seksyen 4

(1)

Menteri mengecualikan orang yang layak yang bermastautin di Malaysia daripada pembayaran cukai pendapatan berhubung dengan—

(a)

suatu projek baharu pengeluaran bahan makanan bagi suatu tempoh sepuluh tahun taksiran berturut-turut (disebut dalam

Perintah ini sebagai “tahun-tahun taksiran yang dikecualikan”)

berkenaan dengan pendapatan berkanunnya, bermula dari tahun pertama taksiran orang yang layak itu memperoleh pendapatan berkanun berhubung dengan projek itu; atau

(b)

suatu projek pembesaran bagi suatu tempoh lima tahun taksiran berturut-turut (disebut dalam Perintah ini sebagai “tahun-tahun taksiran yang dikecualikan”) berkenaan dengan pendapatan berkanun daripada projek pembesaran itu, bermula dari tahun pertama taksiran orang yang layak itu memperoleh pendapatan berkanun berhubung dengan projek pembesaran itu, dan tahun taksiran pertama itu tidak boleh lebih awal dari tahun taksiran dalam tempoh asas yang dalamnya jatuh tarikh kelulusan Menteri.

(2)

Tertakluk kepada subperenggan (3), pendapatan berkanun daripada projek yang disebut dalam subperenggan (1) dalam tempoh asas bagi setiap tahun taksiran yang dikecualikan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah ditentukan selepas memotong elaun-elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3

Akta walaupun tiada tuntutan bagi elaun-elaun itu telah dibuat.

P.U. (A) 373 4

(3)

Jika sesuatu aset yang digunakan bagi maksud projek yang disebut dalam subperenggan (1) adalah juga digunakan bagi maksud suatu projek selain projek itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, elaun-elaun yang boleh diberikan di bawah