Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 6) 2021

Seksyen 3

(1)

Menteri mengecualikan suatu syarikat yang layak daripada pembayaran cukai pendapatan dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada suatu perniagaan menyediakan perkhidmatan pengurusan kumpulan wang kepada amanah perniagaan atau amanah pelaburan harta tanah di Malaysia.

(2)

Pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan (1) hendaklah tertakluk kepada syarikat yang layak mendapatkan perakuan tahunan daripada

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bahawa syarat yang berikut telah dipenuhi iaitu syarikat yang layak—

(a)

menyediakan perkhidmatan pengurusan kumpulan wang kepada amanah perniagaan atau amanah pelaburan harta tanah di Malaysia menurut prinsip Syariah;

(b)

mempunyai sekurang-kurangnya dua orang pekerja sepenuh masa di Malaysia yang salah seorang daripada pekerja itu memegang suatu Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; dan

(c)

melakukan perbelanjaan operasi tahunan sekurang-kurangnya dua ratus lima puluh ribu ringgit (RM250,000.00) di Malaysia.

(3)

Bagi maksud subperenggan (1)—

(a)

“pengurusan kumpulan wang” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Akta Pasaran Modal dan

Perkhidmatan 2007;

(b)

“amanah perniagaan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah

Akta

Pasaran

Modal dan

Perkhidmatan 2007; dan

P.U. (A) 282 4

(c)

“amanah pelaburan harta tanah” mempunyai erti yang sama yang diperuntukkan dalam garis panduan yang berhubungan dengan amanah pelaburan harta tanah yang dikeluarkan oleh

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di bawah Akta Pasaran Modal dan

Perkhidmatan 2007.

(4)

Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan syarikat yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.

Akaun berasingan

Section 3 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 6) 2021