Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 6) 2022

Seksyen 4

(1)

Menteri mengecualikan orang yang layak daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan kasar orang yang layak itu daripada pendapatan dividen yang diterima di Malaysia dari luar Malaysia dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran.

(2)

Pendapatan dividen yang dikecualikan di bawah subperenggan (1)

hendaklah—

(a)

telah tertakluk kepada cukai yang sama sifatnya dengan cukai pendapatan di bawah undang-undang wilayah yang pendapatan itu terbit; dan

(b)

kadar tertinggi cukai yang sama sifatnya dengan cukai pendapatan yang dikenakan di bawah undang-undang wilayah yang pendapatan itu terbit pada masa itu adalah tidak kurang daripada lima belas peratus.

(3)

Bagi maksud subperenggan (1) dan (2), pendapatan dividen diambil kira sebagai telah tertakluk kepada cukai yang sama sifatnya dengan cukai pendapatan jika pendapatan dividen yang diterima di Malaysia oleh orang yang layak itu mematuhi syarat yang dikenakan oleh Menteri sebagaimana yang dinyatakan dalam garis panduan layanan cukai berhubung dengan pendapatan yang diterima dari luar negara yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

(4)

Apa-apa potongan berhubung dengan pendapatan yang dikecualikan di bawah perenggan ini tidak diambil kira bagi maksud menentukan pendapatan yang boleh dikenakan cukai orang yang layak itu.

P.U. (A) 235 4

(5)

Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan orang yang layak daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah peruntukan Akta.

Ketidakpakaian