Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Menteri mengecualikan suatu syarikat yang layak dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada suatu aktiviti yang layak bagi tempoh sepuluh tahun taksiran berturut-turut bermula sebaik selepas tahun taksiran yang dikecualikan.
P.U. (A) 384 4
(2)
Permohonan bagi pengecualian hendaklah—
(a)
dibuat secara bertulis oleh suatu syarikat berstatus BioNexus dan diterima oleh Menteri melalui Malaysian Bioeconomy Development
Corporation Sdn. Bhd. tidak kurang daripada enam bulan sebelum tamat tahun taksiran yang dikecualikan; dan
(b)
mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh
Menteri berhubung dengan permohonan itu.
(3)
Pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan (1) hendaklah tertakluk kepada syarikat yang layak itu mematuhi semua syarat yang dikenakan oleh
Menteri berhubung dengan pengecualian itu sebagaimana yang dinyatakan dalam surat kelulusan, yang hendaklah termasuk seperti yang berikut:
(a)
menggaji bilangan pekerja sepenuh masa dan pekerja berpengetahuan yang mencukupi di Malaysia yang diluluskan oleh Menteri bagi menjalankan aktiviti yang layak; dan
(b)
melakukan amaun perbelanjaan operasi tahunan yang mencukupi di Malaysia atau amaun pelaburan dalam harta tetap yang mencukupi di Malaysia, yang diluluskan oleh Menteri bagi menjalankan aktiviti yang layak.
(4)
Pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan (1) dalam tempoh asas bagi setiap tahun taksiran hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut:
P.U. (A) 384 5
(5)
Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan syarikat yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah peruntukan Akta.
(6)
Dalam perenggan ini, “tahun taksiran yang dikecualikan” ialah tahun taksiran yang suatu syarikat yang layak telah diberikan pengecualian daripada pembayaran cukai pendapatan di bawah Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian)
(No. 4) 2023 [P.U. (A) 382/2023] atau Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian)
(No. 5) 2023 [P.U. (A) 383/2023], mengikut mana-mana yang berkenaan.
A x C
B iaitu
A ialah amaun cukai yang dikenakan ke atas pendapatan yang boleh dikenakan cukai syarikat yang layak daripada aktiviti yang layak pada kadar cukai semasa sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 2 Bahagian I