Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 7) 2011

Seksyen 2

(1)

Menteri mengecualikan mana-mana individu bukan warganegara

Malaysia daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan fi yang diterima oleh individu itu atas sifatnya sebagai pengarah suatu entiti Labuan mulai tahun taksiran 2011 hingga tahun taksiran 2020.

(2)

Bagi maksud subperenggan (1), “entiti Labuan” ertinya entiti yang dinyatakan dalam Jadual kepada Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990

[Akta 445].

Dibuat 19 Disember 2011

[Perb.(C)0.217(SJ.18) Vol.5 (SK.7); LHDN 01/35/(S)/42/51/231-12; PN(PU)80/LXII]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 127(4) Akta Cukai

Pendapatan 1967]

3

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 7) ORDER 2011

Section 2 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 7) 2011