Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Perintah ini—
“dilakukan” mempunyai erti sebagaimana yang diberikan kepadanya dalam perenggan 46 dan 55 Jadual 3 Akta;
“Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia” ertinya suatu pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Pelaburan
Malaysia (Pemerbadanan) 1965 (Disemak – 1989) [Akta 397];
“orang yang layak” ertinya
(a)
suatu pertubuhan yang ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan 1966
[Akta 335] sebelum 8 Oktober 2011 atau suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125];
(b)
bermastautin di Malaysia;
(c)
berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan telah mematuhi terma dan peraturan yang ditentukan oleh Menteri di bawah
P.U. (A) 420 3
Akta Pendidikan 1996 untuk menjalankan perniagaan sekolah swasta;
dan
(d)
diluluskan oleh Menteri;
“pendidikan pra-sekolah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Pendidikan 1996 [Akta 550];
“perbelanjaan modal yang layak” ertinya perbelanjaan modal yang dilakukan oleh orang yang layak atas bangunan, loji atau jentera yang digunakan di Malaysia yang berkaitan dengan dan bagi maksud aktiviti yang berhubungan dengan pengajaran dan latihan dalam suatu sekolah swasta:
Dengan syarat bahawa perbelanjaan modal yang layak itu tidak termasuk perbelanjaan modal yang dilakukan atas bangunan yang digunakan sebagai tempat kediaman, loji dan jentera yang diperuntukkan keseluruhannya atau sebahagiannya untuk kegunaan pengarah atau individu yang menjadi anggota pengurusan, pentadbiran atau pekerja perkeranian;
“sekolah swasta” ertinya suatu sekolah yang bukan sekolah kerajaan yang menyediakan—
(a)
pendidikan swasta peringkat rendah atau menengah atau keduanya, yang mematuhi keperluan Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang ditetapkan di bawah Akta Pendidikan 1996 bersama dengan penyediaan pendidikan pra-sekolah swasta dalamnya, jika ada;
(b)
pendidikan agama swasta peringkat rendah atau menengah atau keduanya, yang mematuhi keperluan Kurikulum Kebangsaan yang ditetapkan di bawah Akta Pendidikan 1996 bersama dengan penyediaan pendidikan pra-sekolah swasta dalamnya, jika ada; atau
P.U. (A) 420 4
(c)
pendidikan cina swasta peringkat rendah atau menengah atau keduanya, bersama dengan penyediaan pendidikan pra-sekolah swasta dalamnya, jika ada, yang mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran, tetapi tidak termasuk sekolah yang menyediakan pendidikan pra-sekolah semata-mata;
“syarikat berkaitan” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327].
Pemakaian