Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Menteri mengecualikan orang yang layak daripada pembayaran cukai pendapatan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada suatu perniagaan sekolah swasta di
Malaysia yang bersamaan dengan amaun elaun yang ditentukan dalam subperenggan (2).
(2)
Amaun elaun yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah—
(a)
pada kadar seratus peratus perbelanjaan modal yang layak; dan
(b)
diberi berkenaan dengan perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan dalam tempoh asas bagi tahun taksiran bagi suatu tempoh
P.U. (A) 420 5
lima tahun bermula daripada suatu tarikh yang ditentukan oleh
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.
(3)
Pengecualian cukai atas pendapatan berkanun perniagaan yang disebut dalam subperenggan (1) adalah tertakluk kepada syarat-syarat sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dalam surat kelulusan bagi perniagaan itu.
(4)
Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh membebaskan atau disifatkan telah membebaskan orang yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak bagi mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah peruntukan Akta.
Pendapatan berkanun