Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Pendapatan berkanun dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran yang disebut dalam subperenggan 4(1)
bagi tempoh yang disebut dalam subsubperenggan 4(2)(b) hendaklah ditentukan selepas memotong elaun-elaun yang boleh diberi mengikut Jadual 3 Akta meskipun tiada tuntutan bagi elaun itu yang telah dibuat:
Dengan syarat jika suatu aset digunakan bagi tujuan perniagaan sekolah swasta di Malaysia digunakan juga bagi maksud suatu perniagaan selain perniagaan itu, maka elaun yang boleh diberi di bawah Jadual 3 Akta hendaklah dikurangkan sebagaimana yang munasabah dengan mengambil kira setakat mana aset itu digunakan bagi maksud perniagaan yang pertama disebut.
(2)
Amaun pendapatan berkanun yang dikecualikan yang disebut dalam subperenggan 4(1) tidak melebihi tujuh puluh peratus bagi setiap tahun taksiran.
(3)
Jika, oleh sebab ketiadaan atau ketidakcukupan pendapatan berkanun atau sekatan kadar yang ditentukan oleh Menteri dalam subperenggan (2), pengecualian tidak boleh diberikan atau tidak boleh diberikan sepenuhnya kepada amaun sebagaimana yang ditentukan yang berhak didapatkan oleh orang yang layak di bawah subperenggan 4(1) bagi tahun taksiran itu, maka sekian banyak daripada amaun
P.U. (A) 420 6
itu yang tidak boleh dikecualikan bagi tahun taksiran itu hendaklah dikecualikan bagi tahun taksiran pertama yang berikutnya bagi tempoh asas yang terdapat pendapatan berkanun daripada perniagaan itu, dan bagi tahun-tahun taksiran berikutnya sehinggalah keseluruhan amaun yang ke atasnya ia berhak sedemikian dikecualikan.
Penentuan perbelanjaan modal yang layak yang tertakluk kepada kawalan pindahan