Malaysia legislation

Section 9

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 7) 2012

Seksyen 9

Ketidakpakaian

(1)

Perintah ini tidak terpakai bagi orang yang layak dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran jika orang yang layak itu bagi tahun taksiran itu—

(a)

telah membuat suatu tuntutan bagi elaun pelaburan semula di bawah Jadual 7A atau elaun pelaburan di bawah Jadual 7B Akta;

P.U. (A) 420 7

(b)

telah diberikan apa-apa galakan di bawah Akta Penggalakan

Pelaburan 1986;

(c)

telah diberikan pengecualian di bawah seksyen 127 Akta;

(d)

telah membuat suatu tuntutan bagi potongan di bawah mana-mana

Kaedah-Kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta kecuali bagi elaun di bawah Jadual 3 Akta; atau

(e)

gagal memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Menteri dalam surat kelulusan yang disebut dalam subperenggan 4(3).

Dibuat 14 November 2012

[Perb.CR(8.09)294/6/4-9(SJ.9)(2012); LHDN 01/35/(S)/42/51/231-7.13; PN(PU2)80/LXVI]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 127(4) Akta Cukai Pendapatan 1967]

P.U. (A) 420 8

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 7) ORDER 2012

Section 9 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 7) 2012