Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Pengecualian
(1)
Tertakluk kepada subperenggan (2), Menteri mengecualikan orang yang layak pemastautin di Malaysia daripada bayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada aktiviti yang layak dalam Kompleks
RAPID bagi tempoh lima belas tahun taksiran berturut-turut bermula daripada tahun pertama taksiran dalam tempoh asas orang yang layak memperolehi pendapatan berkanun daripada aktiviti yang layak itu (selepas ini disebut sebagai “tahun taksiran yang dikecualikan”).
(2)
Pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan (1) dalam tempoh asas bagi tiap-tiap tahun taksiran hendaklah ditentukan selepas memotong elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 Akta walaupun tiada tuntutan untuk elaun tersebut dibuat.
(3)
Dengan syarat bahawa jika aset yang digunakan bagi maksud aktiviti yang layak yang disebut dalam subperenggan (1) juga digunakan bagi maksud suatu aktiviti selain daripada aktiviti yang layak itu, maka elaun yang boleh diberi di bawah