Malaysia legislation

Section 5

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 7) 2016

Seksyen 5

(1)

Menteri mengecualikan orang yang layak dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada suatu aktiviti khas yang layak pada kadar yang tidak kurang daripada tujuh puluh peratus dan tidak lebih daripada seratus peratus sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

(2)

Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) ialah bagi satu tempoh tahun taksiran berturut-turut sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri, bermula daripada tahun taksiran pertama orang yang layak memperoleh pendapatan berkanun daripada aktiviti khas yang layak, yang disebut sebagai “tahun-tahun taksiran yang dikecualikan” dalam Perintah ini.

(3)

Permohonan bagi pengecualian cukai di bawah Perintah ini hendaklah dibuat kepada Menteri melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur pada atau selepas 13 Jun 2008 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2020.

(4)

Pengecualian yang diberikan di bawah Perintah ini adalah tertakluk kepada orang yang layak mematuhi semua syarat yang dikenakan oleh Menteri berhubung dengan pengecualian itu.

(5)

Tiada apa-apa dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan orang yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak bagi mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah peruntukan Akta.

P.U. (A) 160 5

(6)

Bagi maksud perenggan ini, “Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi

Pantai Timur” ertinya suatu majlis yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis Pembangunan

Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008.

Pendapatan berkanun

Section 5 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 7) 2016