Seksyen 2
Dalam Perintah ini,
of Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 7) 2017
“aktiviti yang layak” ertinya penyewaan bangunan, kemudahan penerimaan dan pengasingan sisa dan kemudahan rawatan air sisa dalam Taman Eko Sisa;
“pemaju”
ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan bermastautin di Malaysia yang—
(a)
memajukan Taman Eko Sisa; dan
(b)
melabur dalam aset tetap, kecuali tanah, yang nilai minimum pelaburannya ialah sebanyak lima puluh juta ringgit dalam tempoh tiga tahun dari tarikh perbelanjaan modal pertama dilakukan;
“Taman Eko Sisa” ertinya suatu tempat bagi aktiviti kitar semula, pemulihan dan rawatan sisa dijalankan yang mempunyai ciri-ciri minimum yang berikut:
(a)
infrastruktur asas seperti jalan, sistem pengaliran, utiliti dan pembentungan;
P.U. (A) 238 3
(b)
bangunan dan kemudahan bagi penerimaan dan pengasingan sisa;
(c)
kemudahan rawatan air sisa;
(d)
bangunan bagi kemudahan kitar semula, pemulihan atau rawatan sisa;
dan
(e)
bangunan bagi pusat pendidikan dan kesedaran.