Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 7) 2017

Seksyen 3

Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan bermastautin di Malaysia yang—

(1)

Tertakluk kepada subperenggan (3), Menteri mengecualikan pemaju dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan tujuh puluh peratus daripada pendapatan berkanun yang diperoleh daripada aktiviti yang layak.

(2)

Permohonan bagi pengecualian di bawah subperenggan (1) hendaklah dibuat kepada Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia pada atau selepas 1 Januari 2016 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2020.

(3)

Pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan (1) adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:

(a)

Taman Eko Sisa telah diluluskan oleh pihak berkuasa yang dinyatakan dalam Jadual, Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan yang berkenaan sebelum aktiviti yang layak dilaksanakan;

(b)

pemaju hendaklah menyenggara rekod mengenai semua sisa dan produk yang masuk ke dalam dan keluar dari Taman Eko Sisa dan menghantar laporan berkala mengenai rekod itu kepada pihak berkuasa yang dinyatakan dalam Jadual;

P.U. (A) 238 4

(c)

keseluruhan jumlah sisa yang diterima setiap bulan perlu diproses dan maksimum tiga puluh peratus daripada jumlah sisa yang diproses itu dibenarkan untuk dilupuskan dengan cara kambus tanah;

(d)

hanya sisa yang diperoleh dalam Malaysia, termasuk zon bebas atau gudang pengilangan berlesen, yang dikitar semula, dipulihkan atau dirawat di Taman Eko Sisa dan pemaju tidak dibenarkan untuk mengimport sisa ke dalam Malaysia; dan

(e)

pemaju mematuhi semua undang-undang bertulis, garis panduan, syarat dan arahan berhubung dengan pengecualian yang diberikan di bawah Perintah ini dan berhubung dengan pengurusan sisa.

(4)

Tiada apa-apa pun dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan pemaju daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun, atau memberikan apa-apa maklumat lain, di bawah Akta.

(5)

Dalam perenggan ini, “Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia”

ertinya Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia yang ditubuhkan di bawah

Akta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Pemerbadanan) 1965 [Akta 397].

Pendapatan berkanun