Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 7) 2017

Seksyen 4

(1)

Tertakluk kepada subperenggan (2), pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan 3(1) dalam tempoh asas bagi setiap tahun taksiran yang dikecualikan hendaklah ditentukan selepas memotong elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 kepada Akta walaupun tiada tuntutan bagi elaun itu telah dibuat.

(2)

Jika suatu aset digunakan bagi maksud aktiviti yang layak juga digunakan bagi maksud suatu aktiviti selain aktiviti yang layak, maka amaun elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 kepada Akta hendaklah dipotong sebagaimana munasabah mengambil kira setakat yang aset itu digunakan bagi maksud aktiviti yang layak.

P.U. (A) 238 5

(3)

Jika, oleh sebab ketiadaan atau ketidakcukupan pendapatan berkanun, pengecualian tidak boleh diberikan atau tidak boleh diberikan sepenuhnya sebagaimana yang pemaju itu berhak di bawah subperenggan 3(1) bagi tahun taksiran itu, maka sekian banyak daripada pendapatan berkanun yang berkenaan dengannya pengecualian tidak boleh diberikan bagi tahun taksiran itu, hendaklah diberikan pengecualian bagi tahun taksiran pertama yang berikutnya bagi tempoh asas yang pemaju itu mempunyai pendapatan berkanun daripada aktiviti yang layak, dan bagi tahun atau tahun-tahun taksiran yang berikutnya sehinggalah pengecualian diberikan berkenaan dengan keseluruhan pendapatan berkanun sebagaimana yang pemaju itu berhak di bawah subperenggan 3(1).

Penarikan balik pengecualian

Section 4 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 7) 2017