Seksyen 1
(1)
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Cukai Pendapatan
(Pengecualian) (No. 7) 2021.
(2)
Perintah ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2021 hingga tahun taksiran 2023.
Tafsiran
/akn/my/act/pua/2021/283
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 7) 2021 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 283 2021, currently marked in force and first recorded in 2021.
Opening note
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Cukai Pendapatan
(Pengecualian) (No. 7) 2021.
Perintah ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2021 hingga tahun taksiran 2023.
Tafsiran
Dalam Perintah ini—
“pelabur tempatan” ertinya—
syarikat yang seluruh modal syer diterbitkan yang faedahnya dimiliki, secara langsung atau tidak langsung oleh mana-mana orang warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia; dan
dana amanah yang seluruh kepentingan dalam dana itu yang faedahnya dipegang, secara langsung atau tidak langsung oleh mana-mana orang warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia yang—
dana itu diwujudkan di Malaysia; dan
pemegang amanah dana itu adalah warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
P.U. (A) 283 3
“Suruhanjaya Sekuriti Malaysia” ertinya Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 [Akta 498];
“syarikat” ertinya suatu syarikat yang—
memegang suatu Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal di bawah
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671] untuk menjalankan perniagaan yang disebut dalam subperenggan 3(1).
Pengecualian
Menteri mengecualikan suatu syarikat daripada pembayaran cukai pendapatan dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada suatu perniagaan menyediakan perkhidmatan pengurusan kumpulan wang kepada pelabur tempatan di Malaysia.
hendaklah tertakluk kepada syarikat mendapatkan perakuan tahunan daripada
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bahawa syarat yang berikut telah dipenuhi iaitu syarikat—
menyediakan perkhidmatan pengurusan kumpulan wang kepada pelabur tempatan di Malaysia menurut prinsip Syariah;
mempunyai sekurang-kurangnya dua orang pekerja sepenuh masa di Malaysia yang salah seorang daripada pekerja itu memegang suatu Lesen Wakil Perkhidmatan
Pasaran
Modal di bawah
Akta
Pasaran
Modal dan
Perkhidmatan 2007; dan
P.U. (A) 283 4
melakukan perbelanjaan operasi tahunan sekurang-kurangnya dua ratus lima puluh ribu ringgit (RM250,000.00) di Malaysia.
Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan syarikat itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.
Akaun berasingan
Syarikat hendaklah menyenggara suatu akaun berasingan bagi pendapatan yang diperoleh daripada perniagaan yang disebut dalam subperenggan 3(1)
dalam tempoh asas bagi setiap tahun taksiran dan pendapatan itu hendaklah dikira sebagai suatu sumber perniagaan yang berasingan dan berlainan bagi syarikat itu.
Pemakaian perenggan 5 dan 6 Jadual 7A kepada Akta
Perenggan 5 dan 6 Jadual 7A kepada Akta hendaklah terpakai, mutatis mutandis, bagi amaun pendapatan berkanun yang dikecualikan di bawah subperenggan 3(1).
Ketidakpakaian
Seksyen 60G Akta tidak terpakai bagi pendapatan berkanun yang dikecualikan di bawah Perintah ini.
Dibuat 25 Jun 2021
[Perb. MOF.TAX(S) 700-3/1/613; LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-71; PN(PU2)/80 Jld. 101]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 127(4) Akta Cukai
Pendapatan 1967]
P.U. (A) 283 5
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 7) ORDER 2021
Opening note
This Order has effect from the year of assessment 2021 until the year of assessment 2023.
Interpretation 2.
In this Order—
“local investors” means—
companies where the entire issued share capital is beneficially owned, directly or indirectly by any person who are citizen of Malaysia and resident in Malaysia; and
trust funds where the entire interest in the fund is beneficially held, directly or indirectly by any person who are citizen of Malaysia and resident in Malaysia and where—
the fund is created in Malaysia; and
the trustees of the fund are citizen of Malaysia and resident in Malaysia;
P.U. (A) 283 6
“Securities Commission Malaysia” means the Securities Commission Malaysia established under section 3 of the Securities Commission Malaysia Act 1993 [Act 498];
“company” means a company which—
holds a Capital Markets Services Licence under the Capital Markets and
Services Act 2007 [Act 671] to carry on the business referred to in subparagraph 3(1).
Exemption 3.
The Minister exempts a company from the payment of income tax in a basis period for a year of assessment in respect of the statutory income derived from a business of providing fund management services to local investors in Malaysia.
An exemption granted under subparagraph (1) shall be subject to the company obtaining annual certification from the Securities Commission Malaysia that the following conditions have been fulfilled namely the company—
provides fund management services to local investors in Malaysia in accordance with Shariah principles;
has at least two full-time employees in Malaysia of which one of the employees holds a Capital Markets Services
Representative’s
Licence under the
Capital
Markets and Services Act 2007; and
incurs annual operating expenditure of at least two hundred and fifty thousand ringgit (RM250,000.00) in Malaysia.
P.U. (A) 283 7
Nothing in subparagraph (1) shall absolve or be deemed to have absolved the company from complying with any requirement to submit any return or statement of accounts or to furnish any other information under the Act.
Separate account 4.
The company shall maintain a separate account for the income derived from the business referred to in subparagraph 3(1) in the basis period for each year of assessment and that income shall be treated as a separate and distinct source of business for the company.
Application of paragraphs 5 and 6 of Schedule 7A to the Act 5.
Paragraphs 5 and 6 of Schedule 7A to the Act shall apply, mutatis mutandis, to the amount of statutory income exempted under subparagraph 3(1).
Non-application 6.
Section 60G of the Act shall not apply to statutory income exempted under this Order.
Made 25 June 2021
[Perb. MOF.TAX(S) 700-3/1/613; LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-71; PN(PU2)/80 Jld. 101]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Minister of Finance
[To be laid before the Dewan Rakyat pursuant to subsection 127(4) of the
Income Tax Act 1967]