Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Perintah ini—
“pelabur tempatan” ertinya—
(a)
individu warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
(b)
syarikat yang seluruh modal syer diterbitkan yang faedahnya dimiliki, secara langsung atau tidak langsung oleh mana-mana orang warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia; dan
(c)
dana amanah yang seluruh kepentingan dalam dana itu yang faedahnya dipegang, secara langsung atau tidak langsung oleh mana-mana orang warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia yang—
(i)
dana itu diwujudkan di Malaysia; dan
(ii)
pemegang amanah dana itu adalah warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
P.U. (A) 283 3
“Suruhanjaya Sekuriti Malaysia” ertinya Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 [Akta 498];
“syarikat” ertinya suatu syarikat yang—
(a)
diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777];
(b)
bermastautin di Malaysia; dan
(c)
memegang suatu Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal di bawah
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671] untuk menjalankan perniagaan yang disebut dalam subperenggan 3(1).
Pengecualian