Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Menteri mengecualikan orang yang disebut dalam subperenggan (3)
dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada peruntukan subseksyen 54A (1) dan (2) Akta dan daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada punca perniagaan yang mempunyai suatu kapal Malaysia.
(2)
Pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan (1) adalah tertakluk kepada orang itu mendapatkan penentusahan tahunan daripada
Kementerian Pengangkutan Malaysia bahawa syarat yang berikut telah dipenuhi:
(a)
melakukan perbelanjaan operasi tahunan sekurang-kurangnya dua ratus lima puluh ribu ringgit (RM250,000.00) bagi setiap kapal Malaysia; dan
(b)
mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa di Malaysia bagi setiap kapal Malaysia—
P.U. (A) 312 3
(i)
dalam hal pekerja pesisir, sekurang-kurangnya empat orang pekerja yang berikut dan majoriti pekerja itu hendaklah warganegara Malaysia:
(A)
seorang ketua pegawai eksekutif;
(B)
seorang pegawai tadbir dan kewangan;
(C)
seorang pegawai operasi; dan
(D)
seorang pegawai yang menjaga hal ehwal kesihatan, perlindungan, keselamatan dan persekitaran; dan
(ii)
dalam hal pekerja yang merupakan anak kapal sebagaimana yang diperuntukkan di bawah
Bahagian
III
Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 [Ord. 70/1952], hendaklah tertakluk kepada keperluan minimum sebagaimana yang dinyatakan dalam Perakuan Keanggotaan
Selamat yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia.
(3)
Orang yang disebut dalam subperenggan (1) ialah seseorang yang bermastautin di Malaysia yang menjalankan perniagaan—
(a)
mengangkut penumpang atau kargo melalui jalan laut atas suatu kapal Malaysia; atau
(b)
menyewakan kapal Malaysia yang dimilikinya untuk pelayaran atau berdasarkan sewa mengikut tempoh.
P.U. (A) 312 4
(4)
Tiada apa-apa jua dalam perenggan ini boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan orang yang disebut dalam perenggan ini daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau untuk memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.
Dibuat 28 September 2022
[MOF.TAX(S)700-2/1/193; LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-166; PN(PU2)80/JLD. 107]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan di
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 127(4)
Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 312 5
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 7) ORDER 2022