Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 8) 2011

Seksyen 2

(1)

Menteri mengecualikan individu bukan warganegara Malaysia daripada pembayaran cukai pendapatan atas 50% pendapatan kasar yang diterima oleh individu itu daripada menjalankan suatu pekerjaan yang bersifat pengurusan dengan entiti

Labuan di Labuan, pejabat pemasaran atau pejabat lokasi bersama mulai tahun taksiran 2011 hingga tahun taksiran 2020.

(2)

Bagi maksud subperenggan (1)

“entiti Labuan” ertinya entiti yang dinyatakan dalam Jadual kepada Akta

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 [Akta 445];

“Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan” ertinya pihak berkuasa yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996 [Akta 545];

“pejabat lokasi bersama” ertinya pejabat lokasi bersama bagi suatu entiti

Labuan yang diluluskan oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan yang beroperasi di bahagian lain di Malaysia bagi menjalankan fungsi yang ditentukan oleh entiti Labuan; dan 3

“pejabat pemasaran” ertinya suatu pejabat pemasaran bagi suatu entiti

Labuan yang diluluskan oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan yang terletak di bahagian lain di Malaysia bagi memudahkan pertemuan dengan pelanggan dan mewujudkan jaringan dengan pelanggan yang berpotensi kecuali melakukan aktiviti perniagaan bagi pihak entiti Labuan.

Dibuat 19 Disember 2011

[Perb.(C)0.217(SJ.18) Vol.5 (SK.7); LHDN 01/35/(S)/42/51/231-12; PN(PU)80/LXII]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 127(4) Akta Cukai

Pendapatan 1967]

4

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 8) ORDER 2011