Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 8) 2012

Seksyen 2

Dalam Perintah ini—

“Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia” ertinya suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Pelaburan

Malaysia (Pemerbadanan) 1965 (Disemak – 1989) [Akta 397];

“orang yang layak” ertinya—

(a)

suatu pertubuhan yang ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan 1966

[Akta 335] sebelum 8 Oktober 2011 atau suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125];

(b)

bermastautin di Malaysia;

(c)

berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan telah mematuhi terma dan peraturan yang ditentukan oleh Menteri di bawah Akta Pendidikan 1996 untuk menjalankan perniagaan sekolah swasta atau sekolah antarabangsa pada atau selepas 8 Oktober 2011; dan

P.U. (A) 421 3

(d)

diluluskan oleh Menteri.

“pendidikan pra-sekolah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Pendidikan 1996 [Akta 550];

“sekolah antarabangsa” ertinya suatu sekolah yang bukan sekolah kerajaan yang menyediakan pendidikan pra-sekolah hingga program A-Level tetapi tidak termasuk sekolah yang menyediakan pendidikan pra-sekolah semata-mata;

“sekolah swasta” ertinya suatu sekolah yang bukan sekolah kerajaan yang menyediakan—

(a)

pendidikan swasta peringkat rendah atau menengah atau keduanya, yang mematuhi keperluan Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang ditetapkan di bawah Akta Pendidikan 1996 bersama dengan penyediaan pendidikan pra-sekolah swasta dalamnya, jika ada;

(b)

pendidikan agama swasta peringkat rendah atau menengah atau keduanya, yang mematuhi keperluan Kurikulum Kebangsaan yang ditetapkan di bawah Akta Pendidikan 1996 bersama dengan penyediaan pendidikan pra-sekolah swasta dalamnya, jika ada; atau

(c)

pendidikan cina swasta peringkat rendah atau menengah atau keduanya, bersama dengan penyediaan pendidikan pra-sekolah swasta dalamnya, jika ada, yang mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran, tetapi tidak termasuk sekolah yang menyediakan pendidikan pra-sekolah semata-mata.

Pemakaian