Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 8) 2012

Seksyen 4

P.U. (A) 421 4

(1)

Menteri mengecualikan orang yang layak daripada pembayaran cukai pendapatan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada suatu perniagaan sekolah swasta atau sekolah antarabangsa di Malaysia.

(2)

Pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah dikecualikan bagi suatu tempoh selama lima tahun (selepas ini disebut sebagai

“tempoh pengecualian”)

bermula dari suatu tarikh yang ditentukan oleh

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan dikira mengikut cara yang ditetapkan di bawah perenggan 5.

(3)

Pengecualian cukai atas pendapatan berkanun perniagaan diluluskan yang disebut dalam subperenggan (1) adalah tertakluk kepada syarat sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dalam surat kelulusan bagi perniagaan itu.

(4)

Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh membebaskan atau disifatkan telah membebaskan orang yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak bagi mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah peruntukan Akta.

Pendapatan berkanun