Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Pendapatan berkanun daripada perniagaan sekolah swasta atau sekolah antarabangsa di Malaysia dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran semasa tempoh
P.U. (A) 421 5
pengecualian hendaklah ditentukan selepas memotong elaun-elaun yang boleh diberi mengikut Jadual 3 Akta meskipun tiada tuntutan bagi elaun-elaun itu yang telah dibuat:
Dengan syarat jika suatu aset digunakan bagi maksud perniagaan yang disebut dalam subperenggan (1) digunakan juga bagi maksud suatu perniagaan selain perniagaan itu, maka elaun yang boleh diberi di bawah Jadual 3 Akta hendaklah dikurangkan sebagaimana yang munasabah dengan mengambil kira setakat mana aset itu digunakan bagi maksud perniagaan yang pertama disebut.
(2)
Amaun pendapatan berkanun perniagaan sekolah swasta atau sekolah antarabangsa di Malaysia yang dikecualikan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran itu semasa tempoh pengecualian hendaklah ditentukan mengikut cara yang berikut:
(a)
tujuh puluh peratus pendapatan berkanun; dan
(b)
amaun pendapatan berkanun yang disebut dalam subsubperenggan (2)(a) hendaklah dikurangkan oleh—
(i)
pertama, kerugian larasan tahun semasa daripada suatu perniagaan atau perniagaan-perniagaan selain perniagaan sekolah swasta atau sekolah antarabangsa di Malaysia, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
(ii)
seterusnya, apa-apa kerugian larasan tidak diserap atau kerugian larasan tahun semasa daripada perniagaan sekolah swasta atau sekolah antarabangsa di Malaysia yang dikecualikan di bawah Perintah ini, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3)
Sebanyak mana kerugian larasan yang disebut dalam subsubsubperenggan (2)(b)(i) dan (ii) yang telah digunakan untuk mengurangkan pendapatan berkanun bagi perniagaan sekolah swasta atau sekolah antarabangsa
P.U. (A) 421 6
di Malaysia untuk suatu tahun taksiran tidak diambil kira bagi tujuan subseksyen 43(2)
dan 44(2) Akta.
(4)
Apa-apa amaun pendapatan berkanun orang yang layak untuk suatu tahun taksiran daripada suatu punca yang terdiri daripada suatu perniagaan sekolah swasta atau sekolah antarabangsa di Malaysia yang tidak dikecualikan di bawah
Perintah ini hendaklah disifatkan sebagai jumlah pendapatan orang itu.
(5)
Apa-apa amaun kerugian larasan yang tidak diserap dan kerugian larasan tahun semasa daripada perniagaan sekolah swasta atau sekolah antarabangsa di Malaysia yang tidak digunakan untuk mengurangkan pendapatan berkanun semasa tempoh pengecualian yang disebut dalam subsubperenggan (2)(b), hendaklah tersedia untuk mengurangkan pendapatan berkanun atau jumlah pendapatan orang itu mengikut subseksyen 43(2) dan 44(2) Akta dalam tempoh asas berikutan berakhirnya tempoh pengecualian itu bagi tahun taksiran dan tahun taksiran yang berikutnya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Elaun modal