Malaysia legislation

Section 6

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 8) 2012

Seksyen 6

Bagi maksud Perintah ini, walau apa pun peruntukan Jadual 3 Akta—

(a)

baki perbelanjaan bagi suatu aset yang digunakan sebelum tarikh permulaan tempoh pengecualian yang aset itu terus digunakan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran yang terjatuhnya hari permulaan tempoh pengecualian hendaklah disifatkan baki perbelanjaan aset itu pada hari permulaan tempoh pengecualian itu;

(b)

apa-apa perbelanjaan modal yang dilakukan berkenaan dengan suatu aset dalam tempoh asas sebelum tarikh permulaan tempoh pengecualian dan aset itu terus digunakan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran yang terjatuhnya tempoh pengecualian hendaklah disifatkan telah dilakukan pada hari permulaan tempoh pengecualian itu;

P.U. (A) 421 7

(c)

baki perbelanjaan bagi suatu aset yang digunakan semasa tempoh pengecualian dan aset itu terus digunakan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran yang terjatuhnya tarikh berakhirnya tempoh pengecualian hendaklah disifatkan baki perbelanjaan aset itu pada hari berikutan berakhirnya tempoh pengecualian itu;

(d)

apa-apa perbelanjaan modal yang dilakukan berkenaan dengan suatu aset semasa tempoh pengecualian dan aset tersebut terus digunakan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran yang terjatuhnya tarikh berakhirnya tempoh pengecualian hendaklah disifatkan telah dilakukan pada hari berikutan berakhirnya tempoh pengecualian itu;

(e)

jika suatu aset digunakan bagi tujuan perniagaan sekolah swasta atau sekolah antarabangsa digunakan juga bagi maksud selain perniagaan itu—

(i)

maka, elaun yang boleh diberi di bawah Jadual 3 Akta hendaklah dikurangkan sebagaimana yang munasabah dengan mengambil kira setakat mana aset itu digunakan bagi maksud perniagaan yang pertama disebut; dan

(ii)

baki perbelanjaan yang ditentukan di bawah subperenggan (a)

atau (c), hendaklah dikurangkan oleh amaun apa-apa potongan yang dibuat di bawah subsubperenggan (i);

(f)

elaun modal tidak diserap sebelum permulaan tempoh pengecualian hendaklah digunakan untuk mengurangkan pendapatan berkanun bagi perniagaan sekolah swasta atau sekolah antarabangsa di Malaysia dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran tempoh pengecualian; dan

(g)

elaun modal tidak diserap semasa tempoh pengecualian bagi perniagaan sekolah swasta atau sekolah antarabangsa di Malaysia itu hendaklah digunakan untuk mengurangkan pendapatan berkanun bagi perniagaan

P.U. (A) 421 8

itu dalam tempoh asas berikutan berakhirnya tempoh pengecualian bagi tahun taksiran itu dan mana-mana tahun taksiran berikutnya.

Punca berasingan

Section 6 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 8) 2012