Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 8) 2013

Seksyen 2

(1)

Dalam Perintah ini—

“aktiviti yang layak” ertinya apa-apa aktiviti yang berikut, dijalankan oleh orang yang layak dalam Kompleks RAPID:

(a)

pengadunan, memproses atau pemecahan minyak mentah, kondensat, suapan atau suapan pertengahan;

(b)

pengeluaran, pembuatan atau pembangunan keluaran petroleum, petrokimia, kimia, produk pertengahan, akhir atau pengeluaran berkaitannya;

(c)

penyimpanan, perumusan, pengadunan, pengagihan atau pemasaran petroleum, petrokimia, kimia, produk pertengahan, terakhir atau pengeluaran berkaitannya;

(d)

pengegasan semula LNG kepada gas dan pengagihannya relevan; atau

P.U. (A) 44 3

(e)

penjanaan, pengagihan atau jualan semua bentuk utiliti termasuk tetapi tidak terhad kepada elektrik, air, wap, gas, hidrogen, udara atau pengolahan bahan buangan;

“dilakukan” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan dalam perenggan 46 dan 55 Jadual 3 Akta;

“dilupuskan” ertinya dijual, dibuang, dimusnahkan atau jika ia tidak lagi digunakan bagi maksud aktiviti yang layak;

“Kompleks RAPID” ertinya kompleks yang mengandungi loji pemecahan cecair, loji penapisan, loji petrokimia atau pengeluaran kimia dan semua kemudahan sokongan dan tambahan temasuk tetapi tidak terhad kepada cecair gas asli (LNG),

Terminal Penerimaan dan Pengegasan Semula (RGT), loji berkuasa COGEN, kemudahan penyimpanan atau kemudahan pengolahan bahan buangan, dan terletak di Pengerang,

Johor;

“orang yang layak” ertinya—

(a)

Petroliam Nasional Berhad;

(b)

mana-mana syarikat lain yang diperbadankan di bawah

Akta Syarikat 1965 [Akta 125] yang Petroliam Nasional Berhad memegang sekurang-kurangnya 51 peratus modal berbayar dalam saham biasa; atau

(c)

mana-mana syarikat lain yang diperbadankan di bawah

Akta Syarikat 1965 yang menjalankan aktiviti yang layak dalam

Kompleks RAPID yang Petroliam Nasional Berhad memegang, sama ada secara langsung atau tidak langsung, saham biasa di dalam syarikat itu.

P.U. (A) 44 4

“projek yang layak” ertinya projek yang dijalankan oleh seorang yang layak dalam mengembangkan pemodenan, mengautomatikkan atau dalam mempelbagaikan aktiviti yang layaknya yang sedia ada yang dikecualikan di bawah Perintah Cukai

Pendapatan (Pengecualian) (No. 6) 2013 [P.U. (A) 40/2013] dalam industri yang sama dan dijalankan oleh orang yang layak dalam Kompleks RAPID bagi RAPID;

“perbelanjaan modal yang layak” berhubungan dengan pengilangan atau pemprosesan, ertinya perbelanjaan modal yang dilakukan atas—

(a)

peruntukan mana-mana kilang atau atas mana-mana loji dan jentera yang digunakan di Malaysia berkaitan dengan dan bagi maksud projek yang layak; atau

(b)

peruntukan mana-mana bangunan atau atas mana-mana loji dan jentera yang digunakan di Malaysia berkaitan dengan dan bagi maksud projek yang layak berhubung dengan penyelidikan dalaman, dengan syarat bahawa perbelanjaan modal yang layak itu tidak termasuk perbelanjaan modal yang dilakukan ke atas bangunan yang digunakan sebagai tempat kediaman bagi seseorang, loji dan jentera yang disediakan keseluruhannya atau sebahagiannya untuk kegunaan pengarah atau individu yang merupakan anggota pihak pengurusan, pentadbiran atau pekerja perkeranian bagi orang yang layak itu;

“syarikat yang berkaitan” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327].

(2)

Bagi maksud Perintah ini, “RAPID” adalah singkatan bagi Pembangunan

Integrasi Kilang Penapisan Minyak dan Petrokimia.

P.U. (A) 44 5

Pemakaian

Section 2 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 8) 2013