Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 8) 2013

Seksyen 4

Pengecualian

(1)

Menteri mengecualikan orang yang layak pemastautin di Malaysia dalam tempoh asas bagi tahun taksiran daripada bayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperolehi daripada projek yang layak yang bersamaan dengan jumlah elaun sebagaimana yang ditentukan dalam subperenggan (2).

(2)

Amaun elaun yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah menjadi seratus peratus daripada perbelanjaan modal yang layak dilakukan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran bagi tempoh lima tahun taksiran berturut-turut (selepas ini disebut sebagai “tahun taksiran yang dikecualikan”).

(3)

Permulaan kuat kuasa tahun taksiran yang dikecualikan yang disebut dalam subperenggan (2) hendaklah dalam tempoh asas bagi tahun taksiran perbelanjaan modal yang layak yang pertama dilakukan oleh orang yang layak itu.

(4)

Jika orang yang layak melakukan perbelanjaan modal pertamanya yang layak berhubung dengan projek yang layak yang disebut dalam subperenggan (1) yang akan dijalankan, bahawa perbelanjaan itu hendaklah disifatkan dilakukan dalam tahun asas bagi tahun taksiran yang mana orang yang layak mula menjalankan aktiviti itu.

(5)

Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh dibebaskan atau disifatkan telah membebaskan orang yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak bagi mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah peruntukan Akta.

P.U. (A) 44 6

Pendapatan berkanun