Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan 4(1) dalam tempoh asas bagi tiap-tiap tahun taksiran yang dikecualikan hendaklah ditentukan selepas memotong elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 Akta walaupun tiada tuntutan bagi elaun itu telah dibuat:
(2)
Dengan syarat bahawa jika suatu aset digunakan bagi maksud aktiviti yang layak, juga digunakan bagi maksud suatu projek atau perniagaan selain daripada projek yang layak itu, maka elaun yang diberikan di bawah Jadual 3 Akta hendaklah dipotong sebagaimana yang munasabah dengan mengambil kira takat aset itu digunakan bagi maksud projek yang layak.
(3)
Jika suatu elaun diberikan kepada orang yang layak di bawah subperenggan 4(1) bagi tiap-tiap tahun taksiran yang dikecualikan, maka sekian banyak pendapatan berkanun daripada aktiviti orang itu bagi tiap-tiap tahun taksiran yang dikecualikan yang bersamaan dengan amaun elaun itu hendaklah dikecualikan daripada cukai bagi tiap-tiap tahun taksiran yang dikecualikan.
(4)
Jika, oleh sebab ketiadaan atau ketidakcukupan pendapatan berkanun, pengecualian tidak boleh diberikan atau tidak boleh diberikan sepenuhnya kepada amaun sebagaimana yang ditentukan yang orang yang layak itu berhak di bawah subperenggan 4(1) bagi tiap-tiap tahun taksiran yang dikecualikan itu, maka sekian banyak daripada amaun itu yang tidak boleh dikecualikan bagi tahun taksiran itu hendaklah dikecualikan bagi tahun taksiran pertama yang berikutnya bagi tempoh asas yang terdapat pendapatan berkanun daripada projek yang layak itu dan bagi tahun taksiran berikutnya sehingga keseluruhan amaun yang ianya berhak dikecualikan.
Penarikan balik perbelanjaan modal yang layak