Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 8) 2016

Seksyen 4

(1)

Menteri mengecualikan pemaju yang diluluskan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada aktiviti yang berikut:

(a)

pelupusan apa-apa hak atas mana-mana tanah atau pelupusan suatu bangunan atau hak atas suatu bangunan atau sebahagian bangunan yang terletak dalam suatu taman perindustrian atau zon bebas; atau

(b)

penyewaan suatu bangunan atau sebahagian bangunan yang terletak dalam suatu taman perindustrian atau zon bebas.

(2)

Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) adalah bagi tempoh sepuluh tahun taksiran berturut-turut bermula dari tahun taksiran pertama pemaju yang diluluskan memperoleh pendapatan berkanun daripada aktiviti pelupusan atau penyewaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang disebut "tahun-tahun taksiran yang dikecualikan" dalam Perintah ini.

(3)

Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah terpakai bagi aktiviti pelupusan atau penyewaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang akan atau telah dijalankan dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur tidak lebih daripada satu tahun sebelum tarikh permohonan yang disebut dalam subperenggan (4) dibuat.

(4)

Permohonan bagi pengecualian di bawah Perintah ini hendaklah dibuat kepada Menteri melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur pada atau selepas 13 Jun 2008 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2020.

(5)

Pengecualian yang diberikan di bawah Perintah ini adalah tertakluk kepada pemaju yang diluluskan mematuhi semua syarat yang dikenakan oleh Menteri berhubung dengan pengecualian itu.

P.U. (A) 161 5

(6)

Tiada apa-apa dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan pemaju yang diluluskan daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun, atau memberikan apa-apa maklumat lain, di bawah Akta.

(7)

Bagi maksud perenggan ini, “Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi

Pantai Timur” ertinya majlis yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis Pembangunan

Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008.

Pendapatan berkanun