Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Menteri mengecualikan seorang pekerja daripada pembayaran cukai pendapatan berhubung dengan nilai manfaat yang diterima oleh pekerja itu sebagai hadiah daripada majikannya dalam menentukan pendapatan kasar daripada penggajiannya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran.
(2)
Nilai manfaat yang disebut dalam subperenggan (1), hendaklah merupakan amaun pinjaman pendidikan Perbadanan yang dibayar oleh majikan bagi pihak pekerjanya bagi suatu tempoh yang tidak lebih awal daripada 1 Januari 2019 dan tidak lewat daripada 31 Disember 2019.
(3)
Pengecualian yang diberikan di bawah Perintah ini adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:
(a)
pekerja itu diambil kerja secara sepenuh masa; dan
(b)
pekerja itu bukan saudara-mara majikan itu, iaitu:
(i)
suami atau isteri;
(ii)
ibu atau bapa, termasuk ibu tiri atau bapa tiri, atau ibu mertua atau bapa mertua;
(iii)
anak, termasuk anak tiri atau anak angkat mengikut mana-mana undang-undang;
(iv)
adik-beradik lelaki atau adik-beradik perempuan, atau pasangan, termasuk adik-beradik tiri lelaki atau adik-beradik tiri perempuan; atau
(v)
datuk, nenek atau cucu, termasuk datuk tiri, nenek tiri atau cucu tiri.
P.U. (A) 205 4
Penyata atau penyata akaun hendaklah dikemukakan