Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Perintah ini—
“pelabur asing” ertinya—
(a)
individu yang tidak bermastautin di Malaysia atau bukan warganegara
Malaysia;
(b)
syarikat yang seluruh modal syer diterbitkan yang faedahnya dimiliki, secara langsung atau tidak langsung oleh orang yang tidak bermastautin di Malaysia dan bukan warganegara Malaysia; dan
(c)
dana amanah yang seluruh kepentingan dalam dana itu yang faedahnya dipegang, secara langsung atau tidak langsung oleh pelabur asing, yang—
(i)
dana itu diwujudkan di Malaysia atau di luar Malaysia; dan
(ii)
pemegang amanah dana itu tidak bermastautin di Malaysia dan bukan warganegara Malaysia;
P.U. (A) 284 3
“Suruhanjaya Sekuriti Malaysia” ertinya Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3
Akta
Suruhanjaya
Sekuriti
Malaysia 1993 [Akta 498];
“syarikat” ertinya suatu syarikat yang—
(a)
diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777];
(b)
bermastautin di Malaysia; dan
(c)
memegang suatu Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal di bawah
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671] untuk menjalankan perniagaan yang disebut dalam subperenggan 3(1).
Pengecualian