Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Menteri mengecualikan suatu syarikat daripada pembayaran cukai pendapatan dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada suatu perniagaan menyediakan perkhidmatan pengurusan kumpulan wang kepada pelabur asing di Malaysia.
(2)
Pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan (1) hendaklah tertakluk kepada syarikat mendapatkan perakuan tahunan daripada
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bahawa syarat yang berikut telah dipenuhi iaitu syarikat—
(a)
menyediakan perkhidmatan pengurusan kumpulan wang kepada pelabur asing di Malaysia menurut prinsip Syariah;
(b)
mempunyai sekurang-kurangnya dua orang pekerja sepenuh masa di Malaysia yang salah seorang daripada pekerja itu memegang suatu Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; dan
P.U. (A) 284 4
(c)
melakukan perbelanjaan operasi tahunan sekurang-kurangnya dua ratus lima puluh ribu ringgit (RM250,000.00) di Malaysia.
(3)
Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan syarikat itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.
Akaun berasingan