Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 9) 2002 (PINDAAN) 2020

Seksyen 2

Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 9) 2002 [P.U. (A) 57/2002]

dipinda dalam perenggan 4─

(a)

dalam subperenggan (1), dengan memasukkan selepas perkataan

“perenggan 3” perkataan “, selain perkhidmatan jagaan kesihatan swasta,”;

(b)

dengan memasukkan selepas subperenggan (1) subperenggan yang berikut:

“(1A) Amaun pendapatan yang disebut dalam perenggan 3

berhubung dengan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta hendaklah bersamaan dengan seratus peratus daripada nilai peningkatan eksport.

(1B)

Bagi maksud subperenggan 1A, orang yang disebut dalam perenggan 3 adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:

(a)

sekurang-kurangnya sepuluh peratus daripada jumlah keseluruhan pesakitnya terdiri daripada pelanggan asing

P.U. (A) 269 3

yang telah mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dalam setiap tahun taksiran; dan

(b)

sekurang-kurangnya sepuluh peratus daripada pendapatan kasarnya dijana daripada pelanggan asing yang telah mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dalam setiap tahun taksiran.”; dan

(c)

dalam subperenggan (2), dengan menggantikan perkataan “50 peratus daripada nilai peningkatan eksport” dengan perkataan “lima puluh peratus atau seratus peratus daripada nilai peningkatan eksport, mengikut mana-mana yang berkenaan,”.

Dibuat 24 Ogos 2020

[Perb.CR (8.20)116/1-138(2018)(SJ.3)(SK.10); LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-35;

PN(PU2)80/LXXXVIII]

DATO' SRI TENGKU ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ

Menteri Kewangan

[Akan dibentangkan di

Dewan

Rakyat menurut subseksyen 127(4)

Akta Cukai Pendapatan 1967]

P.U. (A) 269 4

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 9) 2002 (AMENDMENT) ORDER 2020

Section 2 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 9) 2002 (PINDAAN) 2020