Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 9) 2012

Seksyen 2

Dalam Perintah ini—

“dilakukan” mempunyai erti sebagaimana yang diberikan kepadanya dalam perenggan 46 dan 55 Jadual 3 Akta;

“Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia” ertinya suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah

Akta

Lembaga

Pembangunan

PelaburanMalaysia (Pemerbadanan) 1965 (Disemak – 1989) [Akta 397];

“orang yang layak” ertinya—

(a)

suatu pertubuhan yang ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan 1966

[Akta 335] sebelum 14 Julai 2010 atau suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125];

(b)

bermastautin di Malaysia;

(c)

berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan telah mematuhi terma dan peraturan yang ditentukan oleh Menteri di bawah

P.U. (A) 422 3

Akta Pendidikan 1996 untuk menjalankan perniagaan sekolah antarabangsa; dan

(d)

diluluskan oleh Menteri;

“pendidikan pra-sekolah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta

Pendidikan 1996 [Akta 550];

“perbelanjaan modal yang layak” ertinya perbelanjaan modal yang dilakukan oleh orang yang layak bagi maksud perniagaan sekolah antarabangsa—

(a)

berhubung dengan suatu sekolah baharu yang memulakan perniagaannya selepas permohonan yang disebut dalam subperenggan 3(a), atas bangunan, loji atau jentera yang digunakan di Malaysia yang berkaitan dengan dan bagi maksud aktiviti yang berhubungan dengan pengajaran dan latihan dalam suatu sekolah antarabangsa; atau

(b)

berhubung dengan suatu sekolah yang sedia ada yang memulakan perniagaannya sebelum permohonan yang disebut dalam subperenggan 3(a), atas bangunan, loji atau jentera yang digunakan di Malaysia yang berkaitan dengan dan bagi maksud aktiviti yang berhubungan dengan pengajaran dan latihan dalam suatu sekolah antarabangsa bagi memperbaik kemudahan sekolah yang sedia ada atau apa-apa pelaburan baru di lokasi selain sekolah yang sedia ada:

Dengan syarat bahawa perbelanjaan modal yang layak itu tidak termasuk perbelanjaan modal yang dilakukan atas bangunan yang digunakan sebagai tempat kediaman, loji dan jentera yang diperuntukkan keseluruhannya atau sebahagiannya untuk kegunaan pengarah atau individu yang menjadi anggota pengurusan, pentadbiran atau pekerja perkeranian;

P.U. (A) 422 4

“sekolah antarabangsa” ertinya suatu sekolah yang bukan sekolah kerajaan yang menyediakan pendidikan pra-sekolah hingga program A-Level tetapi tidak termasuk sekolah yang menyediakan pendidikan pra-sekolah semata-mata;

“syarikat berkaitan” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327].

Pemakaian