Skip to content

Seksyen 2

Dalam Perintah ini—

of Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 9) 2013

P.U. (A)In forceProvision 2 of 4
Seksyen 2

“orang yang layak” ertinya seseorang yang bermastautin di Malaysia yang merupakan—

(a)

suatu bank atau syarikat kewangan yang dilesenkan atau disifatkan dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 [Akta 372];

(b)

suatu bank yang dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983 [Akta 276];

(c)

suatu institusi pembangunan kewangan yang ditetapkan di bawah Akta

Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618];

(d)

suatu perniagaan insurans yang dilesenkan di bawah Akta Insurans 1996

[Akta 553]; atau

(e)

pengendali takaful yang dilesenkan di bawah Akta Takaful 1984

[Akta 312];

P.U. (A) 88 3

“pemaju atau kontraktor penyelamat” ertinya kontraktor atau pemaju yang dilantik atau diluluskan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menjalankan kerja pemulihan bagi projek terbengkalai;

“pinjaman” ertinya pinjaman yang diberikan oleh bank atau institusi kewangan untuk membiayai projek terbengkalai;

“projek terbengkalai” ertinya suatu projek yang diperakui oleh Menteri

Perumahan dan

Kerajaan

Tempatan sebagai projek terbengkalai menurut perenggan 11(1)(ca) Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966

[Akta 118].