Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 9) 2013

Seksyen 3

(1)

Menteri mengecualikan orang yang layak daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diterima daripada faedah yang berhubung dengan perniagaan memberi pinjaman kepada kontraktor atau pemaju penyelamat bagi tempoh tiga tahun taksiran berturut-turut (tahun taksiran yang dikecualikan) bermula dari tahun taksiran pertama yang pendapatan faedah itu terakru oleh orang yang layak itu.

(2)

Pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan (1) dalam tempoh asas bagi setiap tahun taksiran yang dikecualikan hendaklah ditentukan selepas memotong elaun yang tergolong boleh diberikan di bawah Jadual 3 Akta walaupun tiada tuntutan bagi elaun itu dibuat.

(3)

Jika suatu aset yang digunakan bagi maksud perniagaan yang disebut dalam subperenggan (1) juga digunakan bagi maksud suatu perniagaan selain perniagaan itu, maka elaun yang tergolong boleh diberikan di bawah Jadual 3 Akta hendaklah dipotong sebagaimana munasabah dengan mengambil kira takat aset itu digunakan bagi maksud perniagaan memberi pinjaman kepada kontraktor atau pemaju penyelamat.

P.U. (A) 88 4

(4)

Amaun pendapatan berkanun yang diterima daripada faedah berhubung dengan perniagaan memberi pinjaman kepada kontraktor atau pemaju penyelamat yang dikecualikan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran semasa tempoh pengecualian hendaklah ditentukan mengikut cara yang berikut:

(a)

satu ratus peratus daripada pendapatan berkanun;

(b)

amaun pendapatan berkanun yang disebut dalam subsubperenggan (a) hendaklah dikurangkan oleh—

(i)

pertama, kerugian larasan tahun semasa daripada suatu perniagaan atau perniagaan selain perniagaan memberi pinjaman kepada kontraktor atau pemaju penyelamat yang dikecualikan di bawah Perintah ini; dan

(ii)

seterusnya, apa-apa kerugian larasan tidak diserap atau kerugian larasan tahun semasa daripada perniagaan memberi pinjaman kepada kontraktor atau pemaju penyelamat yang dikecualikan di bawah Perintah ini;

(c)

sebanyak mana kerugian larasan yang disebut dalam subsubsubperenggan (b)(i) dan (ii) yang telah digunakan untuk mengurangkan pendapatan berkanun bagi perniagaan memberi pinjaman kepada kontraktor atau pemaju penyelamat untuk suatu tahun taksiran tidak boleh diambil kira bagi maksud subseksyen 43(2) dan 44(2) Akta dalam menentukan pendapatan perniagaan selain perniagaan memberi pinjaman kepada kontraktor atau pemaju penyelamat di bawah Perintah ini; dan

(d)

apa-apa amaun kerugian larasan yang tidak diserap dan kerugian larasan tahun semasa daripada perniagaan memberi pinjaman kepada kontraktor atau pemaju penyelamat yang tidak digunakan untuk mengurangkan pendapatan berkanun semasa tempoh

P.U. (A) 88 5

pengecualian yang disebut dalam subsubsubperenggan (b)(ii)

tidak boleh tersedia untuk mengurangkan jumlah pendapatan orang yang layak itu.

(5)

Walau apa pun subperenggan (4), jika tempoh pengecualian perniagaan memberi pinjaman kepada kontraktor atau pemaju penyelamat tamat, apa-apa amaun kerugian larasan yang tidak diserap dan kerugian larasan tahun semasa daripada perniagaan memberi pinjaman kepada kontraktor atau pemaju penyelamat yang tidak digunakan untuk mengurangkan pendapatan berkanun semasa tempoh pengecualian yang disebut dalam subsubsubperenggan

(b)

(ii)

hendaklah tersedia untuk mengurangkan jumlah pendapatan orang yang layak mengikut subseksyen 43(2) dan 44(2) Akta dalam tempoh asas berikutan berakhirnya tempoh pengecualian bagi tahun taksiran itu dan mana-mana tahun taksiran berikutnya.

(6)

Tertakluk kepada subperenggan (1), permohonan bagi pinjaman itu hendaklah dibuat oleh kontraktor atau pemaju penyelamat pada atau selepas 1 Januari 2013 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2015.

(7)

Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan orang yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak bagi mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah peruntukan Akta.

Akaun berasingan

Section 3 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 9) 2013