Seksyen 2
Dalam Perintah ini—
of Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 9) 2016
“Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur” ertinya majlis yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008
[Akta 688];
“taman perindustrian” ertinya suatu taman perindustrian dalam Wilayah
Ekonomi Pantai Timur;
“Wilayah Ekonomi Pantai Timur” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008;
“zon bebas” ertinya mana-mana kawasan yang terletak dalam Wilayah Ekonomi
Pantai Timur yang diisytiharkan sebagai suatu zon perdagangan bebas atau zon perindustrian bebas di bawah Akta Zon Bebas 1990 [Akta 438].
P.U. (A) 162 3