Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Orang yang layak
(1)
Orang yang layak yang disebut dalam Perintah ini ialah—
(a)
pengurus pembangunan, iaitu suatu syarikat—
(i)
yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965
[Akta 125] dan bermastautin di Malaysia;
(ii)
yang diluluskan oleh Menteri; dan
(iii)
yang dilantik oleh pemaju yang diluluskan untuk menjalankan aktiviti yang layak; atau
(b)
pengurus taman, iaitu suatu syarikat—
(i)
yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan bermastautin di Malaysia;
(ii)
yang diluluskan oleh Menteri; dan
(iii)
yang menjalankan aktiviti yang layak.
(2)
Pemaju yang diluluskan yang disebut dalam subsubsubperenggan (1)(a)(iii) ialah suatu syarikat—
(a)
yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965
dan bermastautin di Malaysia;
(b)
yang diluluskan oleh Menteri;
(c)
yang membeli atau memperoleh apa-apa hak atas sebahagian atau keseluruhan tanah dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur; dan
P.U. (A) 162 4
(d)
yang menjalankan pembangunan—
(i)
suatu taman perindustrian yang diluluskan oleh Majlis
Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur; atau
(ii)
suatu zon bebas.
Aktiviti yang layak