Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Aktiviti yang layak yang disebut dalam Perintah ini ialah aktiviti yang dinyatakan dalam subperenggan (2)—
(a)
yang belum dijalankan dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur pada tarikh permohonan yang disebut dalam subperenggan 5(3) dibuat;
atau
(b)
yang telah dijalankan dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur tidak lebih daripada satu tahun sebelum tarikh permohonan yang disebut dalam subperenggan 5(3) dibuat, dan yang diluluskan oleh Menteri.
(2)
Aktiviti yang disebut dalam subperenggan (1) ialah—
(a)
berhubung dengan pengurus pembangunan, aktiviti berkenaan dengan penyediaan perkhidmatan pengurusan, penyeliaan atau pemasaran yang berhubungan dengan pembangunan suatu taman perindustrian atau zon bebas; atau
(b)
berhubung dengan pengurus taman, aktiviti berkenaan dengan penyediaan perkhidmatan pengurusan taman termasuk penyenggaraan, pemasaran dan sewaan kemudahan bersama dan perkhidmatan utiliti dalam taman perindustrian atau zon bebas.
P.U. (A) 162 5
Pengecualian