Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Menteri mengecualikan orang yang layak dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada suatu aktiviti yang layak.
(2)
Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) adalah bagi tempoh sepuluh tahun taksiran berturut-turut bermula dari tahun taksiran pertama orang yang layak memperoleh pendapatan berkanun daripada aktiviti yang layak, yang disebut
“tahun-tahun taksiran yang dikecualikan” dalam Perintah ini.
(3)
Permohonan bagi pengecualian di bawah Perintah ini hendaklah dibuat kepada Menteri melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur pada atau selepas 13 Jun 2008 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2020.
(4)
Pengecualian yang diberi di bawah Perintah ini adalah tertakluk kepada orang yang layak mematuhi semua syarat yang dikenakan oleh Menteri berhubung dengan pengecualian itu.
(5)
Tiada apa-apa dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan orang yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun, atau memberikan apa-apa maklumat lain, di bawah Akta.
Pendapatan berkanun