Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(1)
Tertakluk kepada subperenggan (2), pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan 5(1) dalam tempoh asas bagi setiap tahun bagi tahun-tahun taksiran yang dikecualikan hendaklah ditentukan selepas memotong elaun yang boleh diberi di bawah Jadual 3 kepada Akta walaupun tiada tuntutan bagi elaun itu telah dibuat.
(2)
Jika suatu bangunan, kilang, jentera atau loji digunakan bagi maksud suatu aktiviti yang layak juga digunakan bagi maksud suatu aktiviti selain aktiviti yang layak, maka amaun elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 kepada Akta
P.U. (A) 162 6
hendaklah dipotong sebagaimana munasabah mengambil kira setakat yang bangunan, kilang, jentera atau loji itu digunakan bagi maksud aktiviti yang layak itu.
Kerugian