Seksyen 2
Pengecualian
of Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 9) 2017
(1)
Menteri mengecualikan orang yang tidak bermastautin di Malaysia daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan yang diperoleh dari Malaysia berhubung dengan—
(a)
perkhidmatan yang disebut dalam perenggan 4A(i) Akta; atau
(b)
nasihat, bantuan atau perkhidmatan teknikal yang disebut dalam perenggan 4A(ii) Akta, yang diberikan atau dilaksanakan oleh orang itu di luar Malaysia.
(2)
Tiada apa-apa dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan orang itu daripada mematuhi apa-apa kehendak bagi mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau untuk memberikan apa-apa maklumat lain, di bawah Akta.
3
Ketidakpakaian