Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 9) 2018

Seksyen 2

Dalam Perintah ini—

“aktiviti yang layak” ertinya suatu aktiviti sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 4;

“Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia” ertinya Lembaga Pembangunan

Pelaburan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Pelaburan

Malaysia (Pemerbadanan) 1965 [Akta 397];

“Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia” ertinya suatu syarikat berhad menurut jaminan tanpa modal syer yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777];

“syarikat baharu” ertinya suatu syarikat yang layak yang belum menjalankan suatu aktiviti yang layak sebelum memohon untuk pengecualian di bawah subperenggan 5(3);

“syarikat sedia ada” ertinya suatu syarikat yang layak yang menjalankan suatu aktiviti yang layak sebelum memohon untuk pengecualian di bawah subperenggan 5(3);

“syarikat yang layak” ertinya suatu syarikat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 3.

3

Section 2 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 9) 2018