Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Syarikat yang layak
(1)
Syarikat yang layak yang disebut di bawah Perintah ini adalah suatu syarikat baharu atau syarikat sedia ada yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 dan bermastautin di Malaysia, yang—
(a)
menjalankan aktiviti yang layak berhubung dengan teknologi hijau yang diluluskan oleh Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia bagi maksud perniagaannya;
(b)
mempunyai dasar hijau yang berhubungan dengan kelestarian persekitaran;
(c)
mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja kompeten dalam teknologi hijau;
(d)
mempunyai sekurang-kurangnya lima pekerja sepenuh masa di Malaysia bagi menjalankan aktiviti yang layak; dan
(e)
melakukan perbelanjaan operasi tahunan yang mencukupi di Malaysia sebagaimana yang diluluskan untuk menjalankan aktiviti yang layak bagi maksud perniagaannya dan perbelanjaan itu hendaklah termasuk perkhidmatan tempatan yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan tempatan.
(2)
Bagi maksud perenggan ini—
“dasar hijau” ertinya suatu pernyataan mengenai komitmen terhadap kelestarian dan pengurusan persekitaran oleh suatu syarikat yang layak;
“pekerja kompeten” ertinya orang yang memegang perakuan kebolehan sebagai penyedia perkhidmatan dalam teknologi hijau; dan 4
“penyedia perkhidmatan tempatan” ertinya orang yang bermastautin di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan berhubung dengan insurans, perundangan, perbankan, teknologi maklumat dan komunikasi, dan pengangkutan.
Aktiviti yang layak