Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Suatu aktiviti yang layak yang disebut di bawah Perintah ini ialah suatu aktiviti yang dinyatakan dalam ruang (3) Jadual berhubung dengan sektor yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual yang telah mendapat pengesahan tahunan daripada Perbadanan
(a)
meminimumkan degradasi persekitaran atau mengurangkan pengeluaran kesan rumah hijau;
(b)
mempromosikan kesihatan dan peningkatan persekitaran; dan
(c)
menjimatkan penggunaan tenaga, air dan bentuk sumber semula jadi yang lain atau mempromosikan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui atau kemampuan untuk mengitar semula sumber bahan buangan.
Pengecualian