Malaysia legislation

Section 5

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 9) 2018

Seksyen 5

Teknologi Hijau Malaysia dan hasil aktiviti dalam—

(1)

Tertakluk kepada perenggan 6 dan 7, Menteri mengecualikan suatu syarikat yang layak dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada suatu aktiviti yang layak bagi tempoh lima tahun atau sehingga tahun taksiran 2020 mengikut mana yang lebih awal (selepas ini disebut sebagai “tempoh pengecualian”).

(2)

Tempoh pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) berhubung dengan—

(a)

suatu syarikat baharu, hendaklah bermula daripada tahun taksiran di mana tarikh invois pertama berhubung dengan aktiviti yang layak

5

yang dikeluarkan oleh syarikat yang layak dan tarikh itu tidak boleh lebih awal dari 1 Januari 2018; atau

(b)

suatu syarikat sedia ada, hendaklah bermula daripada tahun taksiran di mana tarikh invois pertama berhubung dengan aktiviti yang layak yang dikeluarkan oleh syarikat yang layak dan tarikh itu tidak boleh lebih awal dari tarikh permohonan untuk pengecualian diterima oleh

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

(3)

Permohonan bagi pengecualian di bawah Perintah ini hendaklah dibuat kepada Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia pada atau selepas 1 Januari 2018 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2020.

(4)

Pengecualian yang diberikan di bawah Perintah ini adalah tertakluk kepada syarikat yang layak mematuhi semua syarat-syarat yang dikenakan oleh Menteri berhubung dengan pengecualian itu.

(5)

Tiada apa-apa dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan syarikat yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun, atau memberikan apa-apa maklumat lain, di bawah Akta.

Pendapatan harta intelek tidak diambil kira