Malaysia legislation

Section 7

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 9) 2018

Seksyen 7

(1)

Tertakluk kepada subperenggan (2), pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan 5(1) dalam tempoh asas bagi setiap tahun taksiran hendaklah ditentukan selepas memotong elaun yang kena dibuat di bawah Jadual 3 kepada Akta walaupun tiada tuntutan bagi elaun itu telah dibuat.

(2)

Jika suatu aset digunakan bagi maksud suatu aktiviti yang layak juga digunakan bagi maksud suatu aktiviti selain suatu aktiviti yang layak, maka amaun elaun yang kena dibuat di bawah Jadual 3 kepada Akta hendaklah dipotong sebagaimana munasabah mengambil kira setakat yang aset itu digunakan bagi maksud aktiviti yang layak itu.

(3)

Jika pengecualian diberikan kepada syarikat yang layak di bawah subperenggan 5(1) bagi suatu tahun taksiran, pendapatan berkanun bagi aktiviti yang layak syarikat itu bagi tahun taksiran itu hendaklah dikecualikan daripada cukai.

(4)

Amaun pendapatan berkanun yang ditentukan di bawah subperenggan (1)

hendaklah dikurangkan dengan—

(a)

pertama, kerugian larasan tahun semasa daripada suatu aktiviti atau aktiviti-aktiviti selain daripada perniagaan perintis atau perniagaan-perniagaan perintis di bawah

Akta

Penggalakan

Pelaburan 1986, atau daripada aktiviti yang layak yang dikecualikan di bawah Perintah ini, mengikut mana yang berkenaan; dan

(b)

seterusnya, apa-apa kerugian larasan tidak diserap atau kerugian larasan tahun semasa daripada perniagaan perintis atau perniagaan-perniagaan perintis di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 dan daripada aktiviti yang layak yang dikecualikan di bawah Perintah ini, mengikut mana yang berkenaan.

8

(5)

Sebanyak mana kerugian larasan yang disebut dalam subsubperenggan (4)(a) and (b) yang telah digunakan untuk mengurangkan pendapatan berkanun bagi aktiviti yang layak untuk suatu tahun taksiran tidak boleh diambil kira bagi maksud subseksyen 43(2)

dan 44(2)

Akta dan seksyen 21A

Akta Penggalakan Pelaburan 1986, mengikut mana yang berkenaan, dalam menentukan pendapatan perniagaan selain perniagaan perintis atau perniagaan-perniagaan perintis dan aktiviti yang layak di bawah Perintah ini.

(6)

Walau apa pun subperenggan (2), apa-apa amaun kerugian larasan tidak diserap dan kerugian larasan tahun semasa daripada aktiviti yang layak yang tidak digunakan untuk mengurangkan pendapatan berkanun semasa tempoh pengecualian yang disebut dalam subsubperenggan (4)(b), hendaklah sedia untuk mengurangkan jumlah pendapatan syarikat mengikut subseksyen 43(2) dan 44(2) Akta dalam tempoh asas berikutan berakhirnya tempoh pengecualian bagi tahun taksiran itu dan mana-mana tahun taksiran berikutnya.

Penarikan balik pengecualian