Malaysia legislation

Section 9

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 9) 2018

Seksyen 9

(1)

Menteri boleh, pada bila-bila masa, kecuali jika syarikat yang layak gagal mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan berkaitan dengan pengecualian, membenarkan syarikat yang layak untuk menyerahkan pengecualian yang diberikan di bawah Perintah ini melalui notis bertulis kepada Menteri melalui

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

9

(2)

Penyerahan pengecualian itu hendaklah berkuat kuasa—

(a)

pada tarikh permohonan bagi penyerahan pengecualian itu diterima oleh

Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia; atau

(b)

pada hari pertama dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang permohonan bagi penyerahan pengecualian itu diterima oleh Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

Punca berasingan dan akaun berasingan