Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 9) 2019

Seksyen 2

(1)

Individu yang diluluskan yang disebut dalam Perintah ini ialah seorang wanita―

(a)

yang merupakan seorang warganegara Malaysia;

(b)

yang bermastautin di Malaysia;

(c)

yang telah berhenti daripada penggajian dan tidak memperoleh apa-apa pendapatan penggajian bagi tempoh berturut-turut sekurang-kurangnya dua puluh empat bulan sebelum atau setakat 27 Oktober 2017;

(d)

yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman penggajian sepenuh masa sebelum pemberhentian penggajian yang disebut dalam subsubperenggan (c);

(e)

yang tidak melebihi umur lima puluh lapan tahun pada tarikh permohonan yang disebut dalam subperenggan 3(4) dibuat;

P.U. (A) 226 3

(f)

yang telah menandatangani kontrak penggajian sepenuh masa di

Malaysia dengan seorang majikan yang layak bagi tempoh sekurang-kurangnya dua puluh empat bulan;

(g)

yang telah bekerja sekurang-kurangnya dua belas bulan berturut-turut daripada tempoh kontrak penggajian yang disebut dalam subsubperenggan (f) dengan majikan yang layak yang sama dan tempoh penggajian tersebut adalah antara 27 Oktober 2017

hingga 31 Disember 2020;

(h)

yang pendapatan kasarnya daripada kontrak penggajian yang disebut dalam subsubperenggan (f) adalah sekurang-kurangnya

RM5,000.00 sebulan; dan

(i)

yang permohonannya di bawah subperenggan 3(4) telah diluluskan.

(2)

Bagi maksud perenggan ini—

“berhenti daripada penggajian” adalah tidak termasuk apa-apa cuti tanpa gaji, cuti separuh gaji atau cuti bergaji penuh;

“majikan yang layak” ertinya mana-mana orang tetapi tidak termasuk―

(a)

suatu syarikat yang dikawal, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung, oleh individu yang diluluskan itu;

(b)

suatu ketuanpunyaan tunggal; atau

(c)

seorang saudara individu yang diluluskan yang merupakan ibu atau bapa, termasuk ibu atau bapa mertua, anak, termasuk anak tiri atau anak angkat mengikut mana-mana undang-undang, abang, kakak atau adik, atau datuk, nenek atau cucu, atau pasangan.

P.U. (A) 226 4

Pengecualian