Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 9) 2019

Seksyen 3

(1)

Menteri mengecualikan individu yang diluluskan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan kasar yang diperoleh daripada suatu penggajian.

(2)

Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) adalah bagi suatu tempoh tidak melebihi dua belas bulan berturut-turut.

(3)

Tempoh yang disebut dalam subperenggan (2) bermula dari tempoh asas bagi suatu tahun taksiran bila mana suatu pilihan dibuat oleh seorang individu yang diluluskan dan pilihan itu hendaklah dibuat dalam tahun taksiran itu atau tahun taksiran yang berikutnya yang individu yang diluluskan itu memulakan penggajiannya sebagaimana yang disebut dalam subsubperanggan 2(1)(g).

(4)

Permohonan bagi pengecualian di bawah Perintah ini hendaklah dibuat kepada Menteri melalui Talent Corporation Malaysia Berhad pada atau selepas 1 Januari 2018 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2019.

(5)

Pengecualian yang diberikan di bawah Perintah ini adalah tertakluk kepada individu yang diluluskan mematuhi semua syarat yang dikenakan oleh Menteri berhubungan dengan pengecualian itu.

(6)

Tiada apa-apa dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan seorang individu yang diluluskan daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun, atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.

(7)

Bagi maksud perenggan ini, “Talent Corporation Malaysia Berhad” ertinya suatu syarikat berhad menurut jaminan yang diperbadankan di bawah

Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dengan nombor pendaftarannya 919577-H dan bermastautin di Malaysia.

P.U. (A) 226 5

Dibuat 20 Ogos 2019

[Perb.CR(8.20)116/1-138(2018)(SJ.5); LHDN.AY.A.608-12/1/7(29)-19; PN(PU2)80/XCIV]

LIM GUAN ENG

Menteri Kewangan

[Akan dibentangkan di

Dewan

Rakyat menurut subseksyen 127(4)

Akta Cukai Pendapatan 1967]

P.U. (A) 226 6

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 9) ORDER 2019

Section 3 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 9) 2019