Malaysia legislation

Section 5

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 9) 2021

Seksyen 5

Pengecualian

(1)

Menteri mengecualikan orang yang layak daripada pembayaran cukai pendapatan dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada suatu aktiviti yang layak.

(2)

Pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan (1) hendaklah hanya terpakai sekiranya jumlah bilangan pelancong tempatan bagi aktiviti yang layak itu tidak kurang daripada dua ratus orang dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran.

(3)

Jumlah bilangan pelancong tempatan dan pelancong asing bagi suatu aktiviti yang layak hendaklah ditentusahkan secara bertulis oleh seorang pegawai

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia yang diberi kuasa.

(4)

Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan orang yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.

Sumber berasingan dan akaun berasingan